Tuesday, August 18, 2009

MASAKAN ITIK MASCOVY RENDANG BEREMPAH


Bahan-bahan.
Itik

bahan A(diketuk)
Kakas kasar
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci ibu kunyit
( 5 batang serai)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Bahan B
Kari
Sedikit kelapa goreng
2 biji kelapa diambil santan

Cara Membuatnya.
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bahan A sehingga naik baunya. Biarkan bahan tadi hingga kekuningan
Kemudian masukkan bahan B kacau hingga sebati. Selepas semuanya sebati
masukkan itik ke dalam bahan tadi. Biarkan itik dalam periuk selama 30 minit. Akhir
sekali masukkan santan yang disediakan tadi berserta kelapa goreng dan serai. Setelah
masukkan santan dan biarkan ia kering. Angkat dan hidangkan.

2 comments:

F. said...

tu hasil masakan awak ke? nampak macam "kaw kaw" punya masakan as in mmg berasa.. you must be great in cooking kan? cool~ :)

n0n0n said...

bukan la....tu org yg masak....tak pandai masak pn...masak air je pandai...wakakakakakak