Wednesday, December 17, 2008

Sedih...........!!!!!!!!!!!!



Kenapa kita masih malas?ini senario yg berlaku depan mata ku..dah tua tapi masih mampu untuk banting tulang 4 kerat mencari rezeki utk m'isi perut.. Sungguh insaf bila kenangkn muda mudi kta yg smakin malas..bkn utk rnungan smua tp utk diriku juga.. Sayu hati ni tatkala jariku merakam detik itu..adakah itu aku satu hari nnt?aku tidak mahu jd bgitu..!ya Allah,kuatkn iman ku ini..kuatkn smgt ku utk bkerja demi agama,bgsa dn ngara...

Tatkala jari ini sdg melakar coretan ati,akal ku b'fikir..siapakh lelaki itu?kenapa dia jd bgitu? Kenapa yg lain spt mmandang hina lelaki itu?kenapa diriku tidak menyapa lelaki itu..? Adakah diriku sama spt mereka yg lain?hina sgt kah lelaki itu hingga aku xmenegurnya?tp hatiku msih ada smpati pd dia.. Xnormal kah aku?ku sndiri xtau..jd apa pndapat anda smua?

Monday, December 15, 2008

Komen "Bush-IT"....!!!



dengan berlagak nye si bush ni kata macam tu?walhal dalam video sket nye cuak lagi dia cuba elak dari kene baling......tak sedar ke yg org baling kasut tu sebab benci kat dia?pergh....harap2 la lepas ni dia kene tembak ngan org2 kat Iraq tu....

anyway mmg patut pon dah si bush ni berundur,dah la manage negara tak betul...bila dah teruk,rilek je pass kat obama...mmg pening kepala obama nk manage lepas ni...tapi kita pon tak tau apa akan jd kn?so kita tggu dan lihat la apa yg jd nnt?

Aku sokong...!!!!



korang rasa la kn,apa yg jurnalist tu buat bagus ke tak?pd aku mmg berani mati arrr....aku pon tak berani nk buat tapi hakikatnya mmg ada niat nk buat...serius mmg aku respek kat jurnalist tu....kalo dia kene tembak lepas baling kasut tu pon aku rase mati syahid beliau....tabik arr...Allahuakbar...

Wednesday, December 3, 2008

Economic Problem

Ok semua…aku nak perkenalkan unit amanah……maybe ada yg pernah dengar dan maybe ada yg belum…kepada yg dah tau, dah mula simpan? Kepada yg belum, di sini aku letak sedikit info ttg unit amanah..perlu diingatkan juga yg unit amanah ni bukan utk cepat jadi kaya sebab orang yang kaya raya tu pon kene usaha dulu baru kaya…tak wujud langsung KAYA sekelip mata dalam kamus hidup aku…!!!! Unit amanah ni adalah untuk jangka masa panjang dan amat disarankan kerajaan kerana ini adalah salah satu cara untuk ekonomi Negara kita berkembang.


Sure korg pelik tapi ni lah hakikatnya…yg sebenarnya syarikat2 dalam Malaysia ni tak banyak modal nak run bisnes diorang dan adakala tak cukup,jadi macam mana nak berkembang? Jadi dari sinilah muncul pula bursa2 saham spt KLCI…jika kita lihat,saham akan naik turun bergantung kepada syarikat tu punya aktiviti hari itu…namun ada juga yg akan jatuh jika pelabur melepaskan hak pegangan saham dalam syarikat tersebut…kenapa harga tu jatuh?mana tak jatuh kalo pelabur amik duit,macam mana nak run bisnes? Betul tak?


Then muncul la pula unit amanah ni....kalo bursa saham tu risiko tinggi sangat sbb bila2 je leh rugi,takde sape pon tau siling dan lantai utk price di bursa saham...so di unit amanah ni konsep nya lebih kurang je macam bursa saham (untuk dana-dana berasaskan ekuiti sahaja),ada naik dan turun...Cuma bezanya di unit amanah, duit yang disimpan akan dipelbagaikan....apa maksud pelbagai ni?


Ok,contohnya macam ni...dalam bursa saham,korang perlukan modal yang besar untuk beli banyak jenis saham sebab nye korang kene beli ikut LOT...dalam satu lot ada la seribu unit...tapi di unit amanah,dengan modal yang rendah duit korang tu akan dipecahkan oleh pengurus dana ke pelbagai sektor dan saham....jadi korang tak perlu lagi nak pening2 macam mana nak uruskan duit tu...dengan kepelbagaian ni juga duit korang akan selamat...kenapa pulak?ok la,kita amik lak contoh kedai runcit...kedai runcit ni ada jual macam2 barang,betul kan?cuba bayangkan macam mana kedai tu nak untung kalo hanya jual 2,3 jenis barang je?jadi korang faham kan?


Erm.....panjang nye nak explain tapi niat aku nak sampaikan benda yang baik pada semua orang...biar semua tahu pasal unit amanah...so aku teruskan pula ke topik seterusnya....berapa peratus yang kita leh dapat dengan menyimpan dalam unit amanah ni?di bawah ni ada ilustrasi perbezaan simpanan2 yang biasa kita lihat..







Terkejut ke?jangan la terkejut....memang dah terbukti......so macam mana nak mula menyimpan?mudah je...kat bawah ni lak aku letak

kan gambar SS macam mana nak mula...





Leh potong dari KWSP?biar betul...memang betul pon.....tapi ada syaratnye....kat bawah ni aku letak lak table untuk korang lihat....ini adalah untuk akaun 1 je....contohnya kalo umur kita 30, dalam akaun 1 kita perlulah ada sekurangnya RM 23000...kenapa lak?sbb nya jika umur kita 30, nilai simpanan asas adalah RM 18000...jadi RM 23000 akan ditolak dengan Rm 18000...jumlahnya tinggal RM5000...dari sini lak nilai yg akan dimasukkan ke dalam unit amana

h lak Cuma 20% saja...RM 1000 adalah nilai minimum jika hendak dimasukkan ke dalam unit amanah...





Ok...senario yang dunia alami skrg adalah kejatuhan ekonomi...betul kan?tapi perasan tak pada tahun 1998 dulu pon senario yang sama berlaku Cuma sebab je berlainan....tapi

Malaysia tak berapa terjejas...kenapa? Dr. M minta rakyat berbelanja...cairkan duit dan jangan simpan di tempat2 yang tak bagus(bawah bantal sbg contoh)...selepas beberapa tahun, ekonomi Malaysia naik kembali dan memberangsangkan....kenapa Dr. M suruh buat demikian? Kita kembali ke awal, syarikat ada modal, projek pon jalan...bila projek jalan, syarikat pon makin maju...kan ini namanya membantu ekonomi kita sendiri?jadi jangan la takut nak berbelanja tambah2 lagi menyimpan dalam unit amanah...tambah2 sekarang ni kita dilanda krisis...sebagai rakyat Malaysia,kita haruslah bantu bangunkan negara kita ini...takkan kita nak biarkan negara ni dijajah secara halus (melalui ekonomi, media massa, fahaman atau ideologi) pulak?


ni pada pendapat aku je,kalo salah tu aku mintak arr korang betulkan.. kebanyakan fakta ni aku kutip dari org2 berpengalaman dalam ekonomi…aku suka kritikan dari orang ramai....bukan apa,dari kritikan kita leh betulkan diri kita...dari kritikan kita boleh majukan diri kita....jika ada sebarang pertanyaan tentang unit amanah,jgn segan kontek aku di nombor 017-4821918 atau 013-5292301....kita leh bincang lagi...