Wednesday, September 30, 2009
Kambing leh berenang ke?
Wednesday, September 16, 2009
Gorilla goreng? Beruk Goreng? Lotong Goreng? .....ooowhhh...lontong goreng rupanya...
Lontong Goreng
Bahan-bahan
1 btg. lontong [dipotong dadu]
20 biji cili kering ]
2 labu bawang besar ] dimesin halus
4 ulas bawang putih ]
2 camb. udang kering ]
100 gm. daging cincang
2 biji telur
1 manggkuk kecil sayur campur
kicap manis, kicap masin
garam, secukup rasa
daun sup, bawang goreng [untuk taburan diatasnya]
Cara Membuatnya
1. Tumis bahan yang dimesin hingga benar-benar garing, masukkan daging gaul hingga masak.
2. Masukkan lontong yang telah didadu gaul hingga sebati.
3. Masukkan kicap masin dan kicap manis [agak-agak 2-3 camb.] gaul lagi hinnga rata.
4. Masukkan sayur campur dan digaul rata
5. Lubangkan ditengah masukkan telur sambil sesekali dikacau telur supaya rata masaknya. Setelah masak gaul semuanya hingga rata.
6. Rasalah masin, masinnya secukupnya. Tabur daun sup dan bawang goreng.
Gorilla, monyet, Ungka, beruk, lotong........lontong?
LONTONG credit to hanieliza
Bahan sayuran
1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
2 biji terung bulat/panjang [potong kecil]
3 biji kentang [potong kecil]
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tahu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
sengkuang [potong pendek dan kecil]
cili merah [hiriskan]
bawang besar [mayangkan]
suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]
bahan dimesinkan
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
bahan lain
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.
NASI IMPIT
Bahan
2 cawan beras
6 cawan air
daun pandan
garam
daun pisang
Cara
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan saperti masak nasi biasa.
3. Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
7. Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn kuah lodeh.
NOTA
sekiranya takder daun pisang boleh gantikan dengan pelastik biasa.
p/s - mak angkat aku kalo raya dia ade masak lontong goreng....nnt aku try cari dn tampal kat sini.....
Tuesday, September 15, 2009
Kad Raya utk semua geng...
p/s - terlupa lak nk bg ucapan dlm bahasa jawa.....
nyimpen jenang nang jero tin,
arek digowo mareng suro,
keluputan kulo lahir batin,
salah silap njalok ngapuro.
bocah cilik mangan sego,
sego dipangan karo gulo,
wes suwi orak ngomong jowo,
dino royo njalok ngapuro.
buko poso lawuh'e gereh,
njegor sunge dicaplok boyo,
keluputan kulo seng akeh akeh,
kito 0-0 lah yo.
pantun jawa yg aku dah lama peram...akhirnya berjaya dipost....
Monday, September 14, 2009
Duit kecik bukan baju kecik...!!
Ku garu kepala guna kaki....???
bgn pagi dgn perasaan tak best pg ni.....
muka pn toya je....apahal ko n0n0n?
otak ada rasa macam buntu je....terasa mcm kucing bawah mangkuk....samapai pejabat aku jd bingung...banyak keje ni,nk kne return stok,bank in duit bagai....arghhhh
tp aku maintain senyum depan sumer org....tmbah2 kpd mereka kaum hawa yg seksi2 kat ofis aku ni...ahaks..
nampak boss je aku rasa nk nyorok...bkn takut nk jumpa tp aku tgh geram sbb claim tak dapat2 lg ni....kalo nmpak muka bos,dikhuatiri yg aku akn cakar muka bos....huhuhuh
maka aku cuba utk legakan sakit kepala dan mental ni dgn merendam kepala dlm lubang jamban tp apakn daya,aku tak mampu sbb kepala aku besar.....tp ada gak la cubaan utk melakukannya....
tiba2 bos sergah aku dari belakang.......bayangkan la gaya beliau mcm ni...sape yg tak terkezut,mmg lama la hidup.....wakakaka
maka aku pn terkujat la sbb ditegur boss....giler kau boss?bg la salam....naseb tak terbatal puasa aku....sikit lg je aku nk kluar beli mekdonal mcm cik geli ckp....ahaks...
rupanya beliau bgtau,yg esok leh dapat cek....harap betul la boss....kalo tak betul,aku nk resign 24hours notice....siap laaa......kalo aku berenti,leh aku amik offer dari Kulim tu...gaji lebat,hidup pn tak merempat.....
Thursday, September 10, 2009
Announcement.....!!!!
Wednesday, September 9, 2009
Dendam ku di kakimu,jeles ku makan pelempang...!!!
cerita yg aku copy paste dari email yg aku dapat....sila la layan ye....sedih giler cerita ni woooo....
Ibu, Anak Dan Menantu
Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...
Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ .tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. ‘
Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.
Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..
Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.
Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang telah menimpa mereka......
Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....
Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.
Razman
Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.
Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.
............ ......... ....
Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua
*HAHAHAHAHA
DAMIA?
.
.
.
.
pg ni bz sket....nk kne selongkar stor cari brg2 marketing yg ilang ke mana ntah...siut tul diorang ni....naseb smlm ada majlis berbuka....kira ok la,company dah blanje makan,kita wat la keje ye x....k,nk sambung keje dlu....
Khairy Jamaluddin jadi Taxi Driver Man??!!!
Tuesday, September 8, 2009
Bengang....???!!
Bersahur dengan besfren aku....
ok la,aku nk balik dah ni....aku autopublish je n3 nih...sekian,n0n0n melaporkan utk blog ini.....wakakaakakkakakakakakakaka