Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Jom jd karnivor.....!!!!



lama dah tak memasak.....hehehehe....kali ni try sumthing yg baru....lamb campur cendawan dn rumpai laut....nyum3....mmg sedap weh....mkn ngan nsk lemak lak....pergghhhhhh....

Wednesday, September 16, 2009

Gorilla goreng? Beruk Goreng? Lotong Goreng? .....ooowhhh...lontong goreng rupanya...

credit to PakSu atas resipi beliau.....PakSu ni ade banyak resipi orang kampung jadi kepada mereka yg nak masak juadah raya,try la tgk sini ye......


Lontong Goreng

Bahan-bahan

1 btg. lontong [dipotong dadu]

20 biji cili kering ]

2 labu bawang besar ] dimesin halus

4 ulas bawang putih ]

2 camb. udang kering ]

100 gm. daging cincang

2 biji telur

1 manggkuk kecil sayur campur

kicap manis, kicap masin

garam, secukup rasa

daun sup, bawang goreng [untuk taburan diatasnya]


Cara Membuatnya

1. Tumis bahan yang dimesin hingga benar-benar garing, masukkan daging gaul hingga masak.

2. Masukkan lontong yang telah didadu gaul hingga sebati.

3. Masukkan kicap masin dan kicap manis [agak-agak 2-3 camb.] gaul lagi hinnga rata.

4. Masukkan sayur campur dan digaul rata

5. Lubangkan ditengah masukkan telur sambil sesekali dikacau telur supaya rata masaknya. Setelah masak gaul semuanya hingga rata.

6. Rasalah masin, masinnya secukupnya. Tabur daun sup dan bawang goreng.

Gorilla, monyet, Ungka, beruk, lotong........lontong?

atas permintaan kak CCZ,aku copy dan tampal resipi ni

LONTONG credit to hanieliza

Bahan sayuran
1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
2 biji terung bulat/panjang [potong kecil]
3 biji kentang [potong kecil]
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tahu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
sengkuang [potong pendek dan kecil]
cili merah [hiriskan]
bawang besar [mayangkan]
suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

bahan dimesinkan
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

bahan lain
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.

NASI IMPIT

Bahan
2 cawan beras
6 cawan air
daun pandan
garam
daun pisang

Cara
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan saperti masak nasi biasa.
3. Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
7. Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn kuah lodeh.

NOTA
sekiranya takder daun pisang boleh gantikan dengan pelastik biasa.

p/s - mak angkat aku kalo raya dia ade masak lontong goreng....nnt aku try cari dn tampal kat sini.....

Tuesday, September 1, 2009

nasik yg dah basi

tolong jgn salah faham ye....xde nasik basi di sini...cuma gambar ni je yg dah basi....mknn berbuka aku time sengkek giler....nasik goreng pattaya...nasik nye cuma ada bawang dan cili padi je...huhuhuhu....tp tanpa beliau,sudah tentu aku tak dapat teruskan hidup di dunia yg penuh pancaragam...eehhhh,pancaroba daaaa....k la uollss.....aku nk balik dah ni,nk g tesco,cadang nk makan kambing berbuka nnt(terliur tgk kak kin mkn kambing nye pasal)......

Thursday, August 20, 2009

King Kong vs. Godzilla

sbenarnya taktau nk letak tajuk apa sbb tu letak tajuk mcm tu...hari ni nk post satu n3 je la...mls tul nk menaip....kpd semua pembaca blog aku ni,salam Ramadhan....moga diberkati dlm bulan yg mulia ni...jgn lupa bgn sahur nnt ye...anyway ni ada satu resipi...murtabak meggi...


bahan2:
meggi sbgkus
daging cincang / sosej
telur 2biji
carrot
bawang
daun sup
garam

cara2:
rebus meggi bg kembang,ptong carrot,bawang dn daun sup...gaulkan dgn meggi dn daging pastu letak garam......masukkan 2 biji telur tadi dan gaul sama rata and lastly goreng....pandai2 la agak dah masak ke blm...sedap dimakan bila bajet tgh ciput...wakakakaka

ok la...nk sambung wat keje...kalo aku free nnt,aku post la lg.....anyway esok waktu berbuka mmg aku akn sedih...terpaksa berbuka sensorg je...huhuhu

Wednesday, August 19, 2009

Chap Chye

resipi ni diambil dari e-book...sebab malas nk taip balik maka aku buat la mcm ni....akan menyusul lagi banyak resipi nnt....

Tuesday, August 18, 2009

MUSCOVY KERUTUK SRI PERAK

Bahan-bahannya.

1 ekor itik muscovy
A
2 paket rempah kerutuk (RM1.00)
1 batang kulit kayu manis
5 kuntuk bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
¼ kilo bawang merah
3 labu bawang putih
1 ½ inci halia

B
1 ½ biji kelapa (4 mangkuk santan)
½ cawan minyak masak
Garam, asam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya
Itik dibelah 4 - cuci dan toskan,
Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang.
Masukkan minyak, tumis bahan A kemudian masukkan bahan B Tumis sampai
kekuningan, masukkan rempah kerutuk tumis lagi sampai naik minyak. Masukkan itik
kacau, biar sehingga 10 minit. Masukkan santan, garam, asam dan gula, biar sehingga
empuk kemudian angkat dan hidang.

ITIK SERI KELANTAN

Bahan-bahannya:

1 ekor itik / serati
½ kilo santan
5 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 inci kayu manis
¼ biji buah pala
½ sudu kecil lada hitam
½ inci lengkuas
½ inci halia
½ inci kunyit hidup
2 batang serai
2 biji lada merah
2 biji lada kering
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 senduk kecil bawang goreng
50 sen kelapa (buat keresek)

Cara Membuatnya.


Semua bahan-bahan dimesin sehingga lumat dan gaul bersama bawang goreng dan
keresek. Ambil 1 sudu bahan yang digaul tadi untuk disimpan dan selebihnya direbus
bersama itik. Semasa merebus itik taruhkan 2 keping asam keping, 1 keping manisan
kecil dan sedikit garam. Rebus sehingga empuk dan angkat. Air rebusan itik tadi
hendaklah dicampurkan bersama rempah yang disimpan dan dimasak bersama santan
pekat. Masukkan bahan perasa dan masak hingga pekat lepas itu angkat Panggang itik
di atas api dan jiruskan kuah tadi berkali-kali dan pinggan sehingga elok rupanya.

Angkat dan hidangkan
Sesuai Dimakan Bersama
Nasi ulam, Ikan sulak perangan, Telor masin, Kerokok, Tumis, Kerabu bunga nipah,
Solok lada

Untuk lembut guna daun nangka
Hilangkan hanyir guna asam jawa /gubahan

MASAKAN ITIK MASCOVY RENDANG BEREMPAH


Bahan-bahan.
Itik

bahan A(diketuk)
Kakas kasar
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci ibu kunyit
( 5 batang serai)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Bahan B
Kari
Sedikit kelapa goreng
2 biji kelapa diambil santan

Cara Membuatnya.
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bahan A sehingga naik baunya. Biarkan bahan tadi hingga kekuningan
Kemudian masukkan bahan B kacau hingga sebati. Selepas semuanya sebati
masukkan itik ke dalam bahan tadi. Biarkan itik dalam periuk selama 30 minit. Akhir
sekali masukkan santan yang disediakan tadi berserta kelapa goreng dan serai. Setelah
masukkan santan dan biarkan ia kering. Angkat dan hidangkan.

ITIK MASAK HERBA.

Baru perasan yg tadi tu resipi nk masak nasik....haa,yg ni mcm mana nk masak itik nye pulak..lepas gabung kedua2 ni baru la jadi nasik itik..nnt mlm nk try mkn la kat kedai....wakakakaka.


Bahan-bahan
.
½ ekor itik (dibersihkan)
Bahan Rempah-ratus
Bahan Perasa
2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
1 inci halia
1 labu bawang putih
sedikit kayu manis
sedikit bunga cengkih
sedikit bunga lawang
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak
Panaskan air sehingga mendidih
Masukkan itik bersama dengan rempah-ratus dengan api yang sederhana
Masak selama 40 minit sehingga itik itu lembut. Angkat dan toskan. Hias serta
hidangkan

NASI ITIK ' MUSCOVY'



Bahan-bahan:
1 kg. Beras

2 liter air rebusan itik
3 labu bawang besar
2 inci halia
Bunga lawang

Kayu manis
Bunga Cengkih
Daun Sup

Daun Bawang
Bawang Goreng untuk sup

Cara Memasak Nasi

Ambil air rebusan itik untuk dimasak nasi (jika suka tambahkan 2 sudu makan majerin)
Atau (planta). Untuk Sup, Air rebusan yang lebih digunakan untuk membuat sup. Masukkan bawang besar dan halia serta karot. Masukkan sedikit garam. Hidangkan bersama itik masak herba serta kicap dan sos.